Follow me on Twitter RSS FEED

PERHATIAN!!!

Posted in
Butir-butir reunion 2010 adalah seperti berikut: -

1. Tarikh : 14 Februari 2010
2. Masa : 8.00 pagi – petang
3. Tempat : Dewan makan asrama SMRS
4. Bayaran : RM10.00 seorang

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan saudara/i dapat memberikan pengesahan tentang kedatangan dan pembayaran sebelum 31 Januari 2010. Pengesahan boleh dibuat melalui email : beruas78@gmail.com ataupun menghubungi terus Syaiful Azhar di talian 019-4940697. Bayaran boleh dibuat melalui Maybank Acc. No. 558015000919 (AJIJI ENTERPRISE). Kerjasama saudara/i amatlah dihargai…

perutusan

Posted in


Salam.

Aku ucap tahniah la atas usaha & kengkawan buat gathering, sampai sanggup turun KL...

Elok sangat kalau usaha dan kesungguhan tu disusuli agenda lebih bermakna. Kalau tak, sekadar ziarah dan kunjung mengunjung pun bagus gak...eratkan persahabatan...

Mgkn lepas ni boleh buat program bersama SMKRS.. guna la platform pebema buat sementara ni.. tp kena deal dulu la dgn pihak sekolah.. ajak la cikgu linda join..lebih mudah kalau pihak dalam sekolah sendiri terlibat...

Bila line & planning dah cantek, geng yang tinggal di beruas adjust la urusan logistik.. geng di KL mgkn leh supply 'penceramah/fasilitator'..

Paling tak, leh buat sharring moment... Zul leh citer mcm mana usaha dia sampai jadi Manager.. Shariff juga leh kongsi pengalaman sebagai tokey restoran terkemuka..

Batch kita pun dah ada pakar bedah (dr Umaparan-ppuM) & pakar Bius (dr linda - serdang).. tu tak sebut lagi pakar IT dari Jepun, Shiruan ayah aiman nakamura..Engineer terkenal, Asma Shakir pun leh turun sbg pakar motivasi...dah iras-iras Dr Fadhilah Kamsah tuh....

anyway, mintak maaf sebab aku tak leh join...kena turun urusan rasmi di temerloh...ahad baru balik KL...apa nak buat...kerja jadi kuli mcm ni la...

so, aku ucap tahniah dan 'selamat bersidang'...kirim salam buat geng..

Assalamualaikum...

email dari nani

Posted in

kepada sesiapa yg akan terima n baca email ni : dari NANY

awat la buat kt dewan paya lima beruas reunion raya cina nih???
apa la korang nih...aku ada cadangan.buat la kt town ipoh coz byk aktiviti blh buat..aku bg cadangn spt :
1)kt hotel(alaa...sekepala br rm30)
2)barbeque
3)main bowling
4)pi kt lost world n buat aktiviti kt sana
5)lain2....fikir2 kan..

amacam????

sila jwb or kontek me kat facebook...blh share2 idea...

ok..tata

aidiladha

Posted in



semoga keberkatan pengorbanan kita mendapat rahmat hendakNYA.

urusan pembayaran tempahan baju.

Posted in

bank in dalam akaun maybank,
- 558015000919 ajiji enterprise.

dah bank in hantar pesanan ringkas pada en.syaiful(poi)
hantar masa dan tarikh bank in ke nombor berikut 0194940697.
tempahan tidak boleh dibatalkan.
kalau tidak faham cara ukur,sila hubungi nombor yang tertera diatas
sebelum membuat tempahan.

baju terbaru

Posted in
BAJU REUNION TERBARU DAN MUKTAMAD.




sukat baju dibadan sendiri

Posted in


sukat baju anda seperti didalam gambar..

email dari negara matahari terbit

Posted in

dari :
n-nushi@media-try.com / nurshiruan@hotmail.co.jp

Salam;

Agak sibuk dengan kerja, family.
Nko apa khabar?
Beruas.com pun dah tak mcm dulu lagi.
Nko ada jumpa geng2 lama tak?
Aku sempat jumpa Uma dgn Tamo tu pun dah dekat 6 bulan lepas.

Anak ke2 baru 1 bulan, aku pun dah PR sini,
Kalau tak ada hal penting, family @ keje aku jrg balik.
Kampong nko sama dengan Hamidi lagi ke?

Kalau ada apa chance untuk system software atau database system nak develop
bagi la tau, ada gak chance utk aku balik msia, buat system utk nko.
Tengah cari jalan nak masuk msia untuk system software.
Boleh gak company bagi aku tambang utk balik msia.

Ok chaw dulu Karim.
kirim salam kat kengkawan.

kepada :
2009/10/29, Abdul Karim Mhd Sarif :

baju contoh

Posted in


contoh baju reunion yang ditempah.
mengikut pandangan mOd baju putih ini tak sesuai untuk wanita.
nampak isi dalam,
so proses tulisan dan font pada baju akan di ubahsuai mengikut kesesuaian baju.
pilihan yang terbaik ialah baju warna hitam,tulisan putih/orange.
contoh baju warna hitam dan font baru akan ditayangkan kelak.

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...

Posted in

Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad
Salamun 'alaikum


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi

Posted in

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

Wallahualam

lakaran baju reunion

Posted in

DEPAN

BELAKANG
30% harga untuk baju ini telah ditaja,
oleh itu hanya membayar RM26 harga baju sahaja.
contoh lakaran sulaman baju reunion.
baju berkolar berwarna putih/hitam.
sulaman putih/hitam/orange.
ada koler dengan grip tangan,lengan pendek,kain lacos.
baju contoh on the way akan ditayangkan.

2012 - Movie on the End of the World - Releasing 13th November '09

Posted in


























The most awaited movie of the year...

SCIENTIFIC EXPERTS from around the world are predicting that 3 years from now, all life on Earth could well come to an end. Some are saying it'll be humans that would set it off. Others believe that a natural phenomenon will be the cause. And the religious folks are saying it'll be God himself who would press the stop button. The following are some likely arguments as to why the world would end by the year 2012.

Reason one: Mayan calendar

The first to predict 2012 as the end of the world were the Mayans, a bloodthirsty race that were good at two things -- building highly accurate astrological equipment out of stone and sacrificing virgins.

Thousands of years ago they managed to calculate the length of the lunar moon as 329.53020 days, only 34 seconds out. The Mayan calendar predicts that the earth will end on December 21, 2012. Given that they were pretty close to the mark with the lunar cycle, it's likely they've got the end of the world right as well.

Reason two: Sun storms

Solar experts from around the world monitoring the sun have made a startling discovery. Our sun is in a bit of strife. The energy output of the sun is, like most things in nature, cyclic and it's supposed to be in the middle of a period of relative stability. However, recent solar storms have been bombarding the earth with lot of radiation energy. It's been knocking out power grids and destroying satellites. This activity is predicted to get worse and calculations suggest it'll reach its deadly peak sometime in 2012.

Reason three: The atom smasher

Scientists in Europe have been building the world's largest particle accelerator. Basically, it's a 27 km tunnel designed to smash atoms together to find out what makes the universe tick. However, the mega-gadget has caused serious concern, with some scientists suggesting that it's properly even a bad idea to turn it on in the first place. They're predicting all manner of deadly results, including mini black holes. So when this machine is fired up for its first serious experiment in 2012, the world could be crushed into a super-dense blob the size of a basketball.

Reason four: The Bible says it

If having scientists warning us about the end of the world isn't bad enough; religious folks are getting in on the act as well. Interpretations of the Christian Bible reveal that the date for Armageddon, the final battle between good an evil, has been set for 2012. The I Ching, also known as the Chinese Book of Changes, says the same thing, as do various sections of the Hindu teachings.

Reason five: Super volcano

Yellowstone National Park in United States is famous for its thermal springs and old faithful geyser. The reason for this is simple -- it's sitting on top of the world's biggest volcano and geological experts are beginning to get nervous sweats. The Yellowstone volcano has a pattern of erupting every 650,000 years or so, and we're many years overdue for an explosion that will fill the atmosphere with ash, blocking the sun and plunging the earth into a frozen winter that could last up to 15,000 years. The pressure under the Yellowstone is building steadily, and geologists have set 2012 as a likely date for the big bang.

Reason six: The physicists

This one's case of bog -- simple maths mathematics. Physicists at Berkely University have been crunching the numbers.
They've determined that the earth is well overdue for a major catastrophic event. Even worse, they're claiming that their calculations prove that we're all going to die, very soon. They are also saying that their prediction comes with a certainty of 99 per cent; and 2012 just happens to be the best guess as to when it occurs.

Reason seven: Earth's magnetic field

We all know the Earth is surrounded by a magnetic field that shields us from most of the sun's radiation. What you might not know is that the magnetic poles we call North and South have a nasty habit of swapping places every 750,000 years or so -- and right now we're about 30,000 years overdue. Scientists have noted that the poles are drifting apart roughly 20-30 kms each year, much faster than ever before, which points to a pole-shift being right around the corner. While the pole shift is under way, the magnetic field is disrupted and will eventually disappear, sometimes for up to 100 years. The result is enough UV outdoors to crisp your skin in seconds, killing everything it touches.

perjumpaan malam raya pertama

Posted in
perjumpaan pada malam raya pertama dapat menemukan beberapa rakan batch 91-95 (78)
seperti asma shakir,faizal(cekek)dan ramai lagi yang aku tak ketahui nama mereka,
perjumpaan ini untuk berbincang mengenai program reunion.

pada hari raya kedua mereka telah pergi menziarahi beberapa rumah rakan-rakan tapi lupa nak bawa kamera canon EOS 50D aku...panaz je rasa!!
itu yang tak ada photoshot yang boleh dipamerkan disini..
harap maaf ler? biasa ler time raya-raya ni buzy sikit,
sesiapa yang ada ambil photo time tu sila-sila la post kan kat email yerk.

kena tempah owhh ini meja..orang banyak ramai

(faizal)cekek yang banyak cakap pada malam tu..
banyak sangat agenda dia..(agenda tersembunyi)


ramai yang dah beransur pulang kerana subuh bakal menjelma..

hanya kerana sebutir kurma

Posted in


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku

makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi
entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka
mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi
forward-lah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh
kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila
ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

semulia aliyah

Posted in
Masih adakah wanita semulia Aliyah di bumi ini? Jawapannya,ada...Cuma kasih sayang seorang isteri selalunya disalah ertikan atau tidak dihargai....Maka,kebanyakkan masanya terjadilah perang besar tanpa penyelesaian rasional atau cubaan untuk sekurang-kurangnya memahami atau mendengar penjelasan dengan perbincangan sebagai dua orang dewasa yang matang...

Suami,fikir2lah dahulu sebelum buat keputusan. Bagus cerita ini,teladan yang baik. Disarankan utk dibaca,tak kira lelaki @ perempuan...

Sebagai ingatan untuk kita bersama....

"Sayang,Abang minta izin untuk nikah seorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,sementelah TV juga dipasang.Tapi,ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah,Fatimah.Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.Dahulu,semasa puteri-puterinya kecil lagi,rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,anak-anak kian beranjak remaja.Kemudian,dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua,si kembar,Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri.Dia amat mengenali isterinya.Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia,Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,kehadiran Qistina,gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf,dengan gaji kau,aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif,teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf,Qis tak kisah.Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.. Bimbinglah Qis,Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini,panas rasanya punggung dia di rumah.Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.Tidak seperti kelaziman,dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai,penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang,Aliyah setuju dengan permintaan Abg.Tapi,Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu,Aliyah bukan seorang yang panas baran.Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini,tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,tanpa sedar dia menganguk,tanda setuju.Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan..

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur.Terlalu bersyukur.Kalaulah isterinya itu wanita lain,alamatnya perang dunia meletuslah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh,itu zaman dulu-dulu.Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak.Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid,gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia,hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa,nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang?" terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul,apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis,silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis,Aliyah bukan macam tu orangnya.Abg dah lama hidup dengannya.abg faham"

Qistina mengalih pandangannya.Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.Heh, ini Qistina lah.Jangan haraplah jika nak membuli aku.Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.Seminggu jugalah dia merindu.Puas dicuba untuk menghubungi Qistina,namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina
untuk ditemuduga oleh Aliyah.Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.Di masjid itu,hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu,sebelum dia mengenali Qistina,saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.
Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.Namun,lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya..Hatinya benar-benar sunyi.Sunyi dengan tasbih,tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,dia cuba mencari dirinya,Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam
Kampung Seputih.Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya,apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa.Tiada kurangnya layanan Aliyah.Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit...sms menjengah masuk ke kantung inbox handsetnya.

"Qis minta maaf..Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri.Qis tidak sehebat kak Aliyah.Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah handsetnya,ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

(Asraf Mukmin diburu kehairanan.Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta,moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang
begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan.Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman.Tapi,Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun,masih belum termampu untuk dijawab diakhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain.Aliyah sayangkan Abg...

2.. Aliyah ada mengajak dia memasak.Memang pandai dia masak,apatah lagi western food. Tapi,Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung.Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah.Tapi,Aliyah masih ingat lagi,masa kita
sekeluarga singgah di sebuah restoran western food,Abg muntahkan semua makanan western food tu.Lagi satu,anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.Kesian nanti,tak makan lah pula anak- anak kita.Aliyah sayangkan Abg...

3.. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam.Yalah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir,jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi
imam dan imamah yang beriman.Tapi,kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.Kalau diungkap satu persatu,Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya.Ini penilaian selama 1 hari,Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini,ambillah borang ini,isi dan pergilah
kepada Qistina.Oh ya,lupa nak cakap,Qistina telah berada diSarawak.Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg,pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...
Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi,jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah

Tangannya pantas membuka pintu biliknya.Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.Dia tersenyum!

Benar,Tiada isteri sehebat Aliyah,isterinya!!!

*******************************************************************

Moral Of The Story : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada.Cinta pada
kecantikan tidak akan kekal selamanya...You would only appreciate
things when you lost it.

renung-renungkanlah.

Syaitan masih dalam badan anda !!!!!!

Posted in


Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak?
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.
Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak
cucu Adam,dok pikir2 cam ner nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan
Allah.
Suatu hari si Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan
anak cucu Adam "....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz.
Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...".Lalu di pun pergi
menuju
ke rumah Adam dan Hawa.
Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi
kerja mencari nafkah.Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah,tiba2,
pintu rumah di ketuk,lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu..

"Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang
untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa-apa memberi pertolongan.
Apabila Adam pulang,Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa
nie..?",Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita
menyuruh kita menjaga anak ini."Adam berpikir dan " Ini mesti anak
Syaitan,
yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..
"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.Setelah lama
pikir-pikir...
"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantungkan isi2 daging
nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak
dan
tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam .
Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah
keluar pergi kerja,
"Mana anak aku...."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah
meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,...Semalam Adam
pulang ke rumah,lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan...lalu
sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar
sana..."terang Hawa.

"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian
Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun
bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu
Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan
Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama
Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih
berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu
kita.." kata Adam .
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan..abu nya kita buangkan ke Laut,
biar
abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak
nya ini lagi..." terang Adam.
Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz
ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa..
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan
menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkankan kembali pada Hawa untuk
menjaga Khanaz.
Apabila Adam pulang,mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi,kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu
kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie...kamu telan sebelah,aku
telan
sebelah.Habis cerita!" Cadang Adam .
Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ....,kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!"Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya "Khanaz"!!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana,jangan keluar2..Arah Ibu Syaitan pada
Khanaz.
Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan,kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti
kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was,tulah mana
yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
- Khanaz akan belari/bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan
Zikir...
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz
ini.
Pesan Rasulullah,setiap apa yang hendak kita lakukan mula kan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi
bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA.Baca lah doa2.nanti Khanaz
dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak
cucu Adam..
Surah An Nas jua menceritakan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa
buat kita was-was.
Walllahualam....
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH - Bawang Putih!!!

Posted in


Terkejut???itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye).Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1.Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema,anti-astimin(kira semua ubat berkaitan dengan paru-paru)jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.Bawang putih adalah anti penularan penyakit...tak caya...kalau kena bisul,cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi,adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!!Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.Kalau selsema,tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas,kemudian hirup wapnya,selsema akan pulih...tak caya...cubala
5.Kalau bengkak2,ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi...mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih.Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini...kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak(masak BABI contohnya)kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan.Kalau rancangan masakkan luar negara,kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1.Bakar satu labu bawang putih,bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara...mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya.

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu,jika ada salah silap pohon ampun dan maaf,Jika fakta yang diberi tidak betul,jangan la saman saya.Tak salah kita mencubanya.Insya-Allah

Tolong Sebarkan...semoga Allah merestui kita...amin