Follow me on Twitter RSS FEED

golongan lelaki yang akan ditarik oleh wanita

Posted in
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita.Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu.Mereka ialah:

1.Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia.Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat.Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja.Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s;Duhai lelaki yg bergelar ayah,bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?..Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2.Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya.Bergaul! bebas di pejabat,memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram.Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh,saumnya tidak tinggal,maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s;Duhai lelaki yg bergelar suami,bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?.Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari’at,maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3.Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s;Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan,jgn
hanya menjaga amalmu,dan jgn ingat kau terlepas…
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4.Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam.bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat,memfitnah,mengata
dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s;Duhai anak2 lelaki.sayangilah ibumu.
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.krn ibu
juga insan biasa…x lepas dr melakukan dosa…
selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka.jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah..betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat.Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

“Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu.”

SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG
LAIN,UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.

RENUNG-RENUNG DAN FIKIRKANLAH
Wallahualam.

ucob ucob ucob...

cerita sedih bila lif rosak

Posted in

da tiga orang sahabat si A,si B dan si C,yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat.Pada suatu petang setelah tamat bertugas,mereka pulang ke rumah.Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif.Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Si A:Macam mana ni...rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B:Aduhhhh...bikin bingung kepala,nak panjat tangga larat ke?

Si C:Aku rasa,baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.

Si A:Aku ada satu idea,kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih saja,sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa.Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju,jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.Si A mula bercerita.

Si A:Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku.Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,dari kecil aku...bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata,sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20.Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata,kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

Si B:Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya.Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun.Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih.....punyalah lama si B bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55.Hanya 5 tingkat saja lagi.Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56,si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi.Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Si C: Aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA,AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....

eheekksssssssss...

sikin sikin sikin...