Follow me on Twitter RSS FEED

Bagus betul pemikiran pakcik ni...

Posted in
Suke sgt emel ni. Luahan Hati Seorang Suami
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi....?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
sukan kegemaran .... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit .... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu..
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon... ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
Wallahualam.

p/s : para suami renung2kan ler..
Aslinda dapat igauan kot...tu yang post cerita ni..
huhuhu...jgn marah kang nmpk tua.

kenangan silam

Posted in










siapalah yang terkenang zaman kecik2 ni...
1 pelajaran gak untuk kita membimbing anak2,
rase2 nye xde dah buku seumpama ni kat pasaran sekarang,
lau de pon x sedetail buku lama ni.

Pocong gemparkan Felda Jengka 4

Posted in

KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4,dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit,Abdul Rahman Sabie 25,berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.


Katanya,pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini,malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah,darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak,Entah dari mana datang keberanian saya.

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi,di sini,semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini,namun selepas melihat dengan mata sendiri,berasa ada kebenarannya.

Katanya,untuk meyakinkan diri,dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas,namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu,saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata,sebaik bangun pada paginya,dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan

dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang kearahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.


email dari member.
Posted in





Frenz dearie...

wanita sahaja..
Stok baru dan SANGAT MURAH!
Cantik dan berkualiti.

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..

Posted in
Mak...
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi
nih.

Mak tau tak,
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa,
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh
nak tinggal kan anak2 mak,nak tinggal kan dunia fana ni.

mak macam dah sedia
Seminggu sebelum tu
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu
tanpa rasa mengantuk,tanpa rasa letih
kakak pun rasa hairan
mak tak penah buat gitu.

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak,
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam
kengkadang siaran indonesia
mak terus tekun menganyam
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke
pusara.

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2,
pastu mak jemur karpet-karpet,
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain,
mak biarkan ruang tu kosong,
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak
ada kat dalam almari,
ada kat dalam dalam beg,
ada dalam ASB,
ada kat dalam Tabung Haji,
mak cakap tak berapa cukup lagi,
ada kat dalam gulung tikar.

masa tu mak perasan tak ?
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagia nya saat itu.

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut(bermula detik2 sengsara)
bila malam tu kiter sampai dari KL,
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk
mak tetap takmau pi hospital.
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk,
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.
tapi kiter berkeras juga pujuk...
nanti di hospital ada doktor,
ada ubat untuk mak,
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.

Mak tetap tak bersetuju,
mak memang degil
tak salah,anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.

Mak...
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat,
kami sayang mak,
kami tak mau mak sakit,
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.
ampon kan kami yer mak.

Mak...
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta.
Mak asyik tanya ajer,
cukup ker duit.
kiter jawab pula
kalau tak cukup,mak kan banyak duit
mak gelak ajer.

Lepas tu bila kereta kiter sampai
mak buat kenduri kesyukuran
Dan kiter masih ingat lagi
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor
Punya la kiter takut,
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.
Bila balik sahaja kampong.
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek.
mak tanya kenapa?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.

Mak...
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar
mak,kiter menipu mak kan,
ampon kan kiter.
Mak......
Jam 4.30 pagi 19/08/2006
Bila tiba je kat hospital,
nurse tengah balut mak dengan kain putih.
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital
Mesti mak nampak abang cium dahi mak,
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak,
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut katil,
mesti mak nampak semua tu kan...kan...kan

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar,
Adik kat sebelah diam melayan perasan
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini
jalan di depan terasa makin kelam
airmata dah tak mampu di tahan
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga
di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang
kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya
terasa syahdu dan sayu...dingin.

Mak...
Kiter masih ingat lagi
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan
Mak perasan tak?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter
Dia kata 'dikk...jangan nangis,kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya'
Bila makcik tu kata gitu
lagi laaaa laju airmata ni,
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis
kiter nangis ni
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi
Takder orang yang bangun lagi
kiter dengar nasyid tajuk 'anak soleh' kiter sedih
kiter rindu kat mak!
Takpa la
nanti bila kita selesai sembahyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak.
mak tunggu ya!

Mak...
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya
Semua anak2 mak mengelilingi mak
menatap wajah mak buat kali terakhir
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja
Mak rasa tak,
masa tu kiter sentuh dahi mak
kiter rasa sejuk sangat dahi mak
Kiter tak mampu nak cium mak
kiter tak daya
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar
Airmata kiter tak boleh tahan
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik
badan akak terasa panas
mak...
anak mak yang seorang tu demam.

Mak tau...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan.
Mak...
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi
Begitu terasa kehilangan mak
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata
Dan sampai satu tahap
masa tu malam jumaat selepas maghrib
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi
semakin kiter tenung terasa semakin sayu
tangisan tak dapat dibendung

Mak tau...
kiter cuba bertahan
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda
Kiter rasa nak telefon mak,
nak cakap dengan mak,
anak mak yang ni dah tak betul kan?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong
Kiter cakap dengan kakak,kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter
Akak kata 'tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak'
Dan akhirnya akak juga nangis.

Mak tau tak...
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati
rasa nyilu sangat
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan

Mak...
cukup la sampai sini dulu
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid
selalunya,kiter yang bawak mak naik motor kan,
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih
pastu kawan kiter bgtau
simpan je buat kenangan
Kiter cuma tau alamat ni aje
Takper yer mak,
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter,
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah,
sampai masuk universiti
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang
boleh rasa duduk kat negara orang,
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa
ibu kita di Malaysia,ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha
dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah...

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya
anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini,
insyaAllah.
Terima kasih saudara umarzahrawi,
Surat ini dibacakan ketika majlis penutup Islamic
Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu.Ramai yang menitiskan
air mata ketika itu.