Follow me on Twitter RSS FEED

cerita sadis dari aslinda

Posted in
cite ni berlaku sekitar tahun 2002. Masa tu aku duk kat Manjoi. Sbb ari2 aku ambk cuti pjg. Aku plan nk blk kg. Memandangkan hubby aku keje ari2, so aku decide blk naik bas jerk. Dlm pkul 10 pg aku dh tggu bas ngn anak aku, Aiman. Ms tu Aiman baru berusia 2 thn.
Korg bygkan ler yerk, bas ni mcm mner. Klu ditggu lambat sgt tibanyer. Cuba klu x tggu skjap2 lalu, skjap2 lalu. So dipendekkan cite, aku smpai kat pekan beruas dlm pukul 1. Ms tu bas g Sitiawan xde lg. Tggu pye tggu, bebdk sekolah kita dh berkumpul kat bas station tu. Bla bas sampai jerk, menderu ler bebudak ni. Aku yg mendukung Aiman dan menjinjing beg baju terpaksa beralah. Kalu aku msh berebut ngn dorg mau tersungkur aku kat tgga bas. Dlm hati mula berbisik "xper ler nnt bla dorg tgk aku mesti dorg bg tmpt duduk nyer kat aku"
Naik jer bas aku terpaksa berdiri. Budak2 sekolah jer dh dkt separuh bas. Aiman lak xnk berdiri. Dia nk aku dukung dia. Terpaksa ler aku dukung dia smbil satu tgn pegang besi kerusi. Bas jalan. Tapi xde sorg pun dr bebdk tu nk bgn nk bg aku duduk. Sebaliknyer mengekek2 ketawa, bergurau senda, bertepuk tampar sesama mrk. Bkn ler mengharap sgt tmpt duduk tu tp sekurg2 nyer prihatin ler ckt.
Aku hampir2 tersungkur bila bas tetiba berhenti. Nasib baik x jatuh. Sorg mak cik tu cuba ambil Aiman utk duduk ngn dia. Aiman lak xnk. Maybe Aiman sian kot kat aku. Dia mula mau berdiri kat lantai bas. Sambil peluk kaki aku, dia gak terhoyong hayang ikut pergerakkan bas.
Last skali, aku dpt gak tmpt duduk. Tp bkn dr bebdk sekolah kita ttp dr sorg pak cik tua yg sanggup bangun dan memberikan aku tmpt duduknya. Mmg mulanya aku tolak tp bla dia terus mendesak aku akur. Bla berdiri dia merungut2 katanya pd driver bas bebudak skrg pentingkan diri. Aku setuju. Sesungguhnyer aku, x pernah buat x tau bla melihat situasi begitu. Bkn nk puji diri. Bukan skali dua, aku berikan tmpt duduk aku kat org yg lebih memerlukan. Malahan aku jugak ajar adik2 begitu.
Tapi masa dh berganti. Arus dah berubah. Xtau siapa nk dipersalahkan. Mak bapak, cikgu ataupun diri mereka sndri. Terpulanglah...

Harga Sebuah Kereta dan Anak

Posted in
Ingatlah.... marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan.... kepada semua parents, sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.... Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul, especially pada anak2 yg masih kecil dan tak tau apa2 lagi tu.... Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan konsep 'time out' jika anak2 buat salah....

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja. Bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.

Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.

Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit...

'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.

Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keraskepadanya, dia terus mengatakan.. 'Tak tahu... !'

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri pula. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja diaberkata... 'Ita buat ayahhh.. cantikkan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suami dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dankemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anak bengkak... 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa Si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu Tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan Agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar Mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, Tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul sianak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani suratkebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yangdikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian kewajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata berkata...

'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat.

'Ita sayang abah...sayangmama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

P/S :- Jadikanlah cerita ini sebagai renungan kita bersama... Anak adalah kurniaan Allah. Hargailah anak anda... Bersyukurlah anda dikurniakan anak oleh Allah...Bagi yang masih belum mempunyai anak, mereka ini amat menghargai kanak-kanak. .. Bagi anda yang mempunyai anak curahkanlah kasih anda sepenuhnya kepada mereka...

-email dari Sikin Senit-

cerita sikin lagi

Posted in
juliana : Abang Mie…Jom la datang rumah…saya rindu la..lagipun suami saya pergi oversea tadi.

Helmi : baiklah..malam esok abang pergi tau…nanti,pandai-pandai la abang tipu isteri abang tu.

Juliana : Oh ya!!sebelum datang esok..abang cukur misai,kasi licin dulu ye..abang tahukan saya suka lelaki yg baby face.

Helmi : Alamak…yang ni susah sikit,isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak.

Juliana : Alaaa abang ni nak jumpa saya ke tak nie?

Helmi : oklah oklah..Ana punya pasal..apa saja abang sanggup.

Keesokan paginya,semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting…dan di pejabatnya..selepas office hour Helmi telah mencukur misainya sampai licin.

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya…isterinya sudah tidur…Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan…dan berkata…"Kenapa kau tak balik lagi Jalil kejap lagi suami akak balik"

huhuhu...jangan bikin ini macam loh.

tarikh dah ditetapkan

Posted in

hari agenda telah dipilih pada hari raya cina 2010.

rumah cikgu razak baginda

Posted in

suruh depa bawak jumpa bomoh hujung kampung, dendam sgt dgn cikgu razak, bomoh kan ajer umah dia.

dari paparazzi nepal

dewan baru SMRS

Posted in

inilah dewan serbaguna SMRS yang baru, kalau tak silap di sini dijangka akan berlangsungnya reunion ini. so tak pasti lagi keputusan itu tertakluk kepada syarat-syarat penyertaan dan keputusan pihak pentadbiran SMRS sendiri.

keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan mesti disertakan dengan wang sebanyak rm130..ish..dah macam manage league bola lak.

gambar ihsan dari paparazzi.

dialu-alukan

Posted in
selamat datang pada junior2 selepas 95.
harap maaf yea,ini blog untuk reunion batch FORM 5-95 SMRS
sampai form 3,pindah ke sekolah lain leh join jugak.
khusus nye born in 78 la.

so siapa2 yg bukan dari kalangan itu tak dapat nak tolong loh.
sekadar boleh menjengah aje la.
lagi 1 selamat datang pada si bendul ni (sertakan nama sebenar anda)
memang anda ni bendul ke? huhuhu...

rumah epit diserbu

Posted in

sewaktu operasi hilang,jejak kasih di serapoh parit.

ewah-ewah

Posted in

tolong post kan..pergi pos ofis,jangan hilang,pakai stem,duit boleh pinjam kat pos master..petikan dari filem apa.

semasa majlis cukur kepala,baby cekek.
terima kasih pada pengirim.

teka

Posted in

teka siapakah ini
terima kasih pada pengirim.