Follow me on Twitter RSS FEED

Pocong gemparkan Felda Jengka 4

Posted in

KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4,dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit,Abdul Rahman Sabie 25,berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.


Katanya,pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini,malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah,darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak,Entah dari mana datang keberanian saya.

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi,di sini,semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini,namun selepas melihat dengan mata sendiri,berasa ada kebenarannya.

Katanya,untuk meyakinkan diri,dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas,namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu,saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata,sebaik bangun pada paginya,dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan

dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang kearahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.


email dari member.

7 comments:

abdul karim said...

siri terbaru keliwon nih...

Linda said...

apsal ada entry nih lak.. wa takut.. waaa...

adam marsya said...

oiiit...kengkawan
tolong ler delete...aku takut nie
selagi korang x delete..memang spai sudah aku x berani nak bukak blog nie..
dah ler hubby aku x de nie..
huhuhuhuhuhuhuhuaaaaa...

ami said...

jgn le wat citer mcm ni...aku ni jenis pnakut sikit...dah ler hubby aku keje mlm....dah ler aku kt phg wehhhhh! tk jauh tu....

ucob'z said...

apa da... para ibu-ibu sumer takut hantu... itu hayalan ajer...

bozzobattousai said...

dulu epit ngan member curi2 isap rokok kat kubur blakang masjid lama tuh selamber je...bila ingat balik rasa takut gak...EPIT TULIS

Noor said...

salam...ucobz, x suma para ibu takut tau.... ada gak yg joint nk tgk dr dkt...!!!!