Follow me on Twitter RSS FEED

nasi lomak

Posted in

Suatu hari,seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik..tolong tengokkan anak saya ya...Nanti kalau sampai di Ipoh...cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan,si anak ini cerewet sekali setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.."Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.."Tidor aje la..Belom sampai lagi ni..nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam..dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik..sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.."Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh..pasti dikejutkan..!"

Kali ini,si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali.Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak,sehingga ketika sampai di Ipoh..tidak ada seorang pun yang membangunkannya.Hinggalah melepasi Alor Setar..si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak,Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian,bagaimana ni..perlukan kita hantar semula anak ini? "Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh..Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..Sesampai di Ipoh..si anak dibangunkan."Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..Si anak bangun dan berkata.."Oh sudah sampai ya!"

lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..Seluruh penumpang kehairanan..."Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan,kalau sudah sampai di Ipoh..saya boleh makan nasi bungkus ni!"

sikin sikin...ada-ada saja ceritanya.

coca cola (coke)

Posted in

Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah
kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan
dari seluruh dunia mengenai minuman ringan
Coke: Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda
lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila
berlaku kemalangan.

Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team.

Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya,
adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi
Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali
dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke
dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada
dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci
kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper
kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium
foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau
hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja
setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan
ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru
tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari
pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh
bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah
minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.
Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia
mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang
paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti
suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
belakang dan tulang lain dalam badan yang
merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke siap dalam
botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis:
bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis
hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong
jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap
tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan atau
karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya
untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka
sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke.
Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu
kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum
Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak
bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah
ngan otakpun kena tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama.
Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N
dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga
69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman
Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih
dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam
candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya
adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan
kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi
kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh
gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit
gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat
minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan
yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh
secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan
Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam
pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk
bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis
berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa
Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?
Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah
pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju,
buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan
lain-lain.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian
emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis
habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana
tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah
bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya
pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita
bercoke ...

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.

Artikel ini saya dapat daripada seorang rakan
saya. Betul atau tidak kalau nak tahu bolehlah
mencubanya. Saya pun belum cuba lagi. Yee lahh..
terkejut juga bila tahu bendanya sebab
kadang-kadang minum juga.

InsyaAllah teringin juga buat ujikaji apa yang
dikatakan tu. Nak tengok hasilnya. Sesiapa dah
mencuba nanti bolehlah kongsikan feedbacknya.

ucop

JOHN 3:16

Posted in
Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang

memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka

tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti

sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo
agama
lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara

barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai
dunia
ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang

percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati

hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah

sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia,

sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar

mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang

besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat

saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so
that
everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..

ucop

lawak balik awal

Posted in

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss,buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss,leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi banyak pahalanya!

Kemudian,datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik,hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati...Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi,nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan.Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

nukilan mon (aznor azizi)

cerita dari ucop

Posted in
(Surat Dari Iblis)
(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya,tapi
aku harus forward kerana catatan kecil dibawahnya)

****************************************
SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kelmarin,saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian,kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu.
Kau benar2 orang yang bersyukur,Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh,Kamu millikku.
Ingat,kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu,karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari syurga,dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya,
Kau lihat,ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Akubenar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani.

Kita nonton filem ' porno ' bersama,memaki orang,mencuri,berbohong,munafik makan sekenyang-kenyangya,bergosip,manghakimi orang menghujam orang dari belakang tidak hormat pada orang tua,
Tidak menghargai Masjid,berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah,Hai Bodoh,kita terbakar bersama selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu..

Aku ingin mengucapkan ' TERIMAKASIH ' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi,aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua,dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi,pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok,mabuk-mabukan,berbohong,berjudi bergosip dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak,
Baiklah,aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas,kau akan lari sembunyi dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku,tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka,aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan :Jika kau benar2 menyayangiku,kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

lokasi reunion yang dipilih

Posted in

jalan menuju kejayaan,sesuai untuk drifter sahaja.

pintu gerbang selamat datang ke hutan lipur ulu beruas.




tapak perkhemahan untuk anda semua yang ingin merasai bermalam dihutan.




tandas awam dikawasan ini untuk kemudahan pengunjung.

tempat letak kenderaan anda.

pondok istirehat sekeluarga.

pondok istirehat privacy.

tarikh fotografi ini di pilih coz sama dengan hari jadi kekasih gelapku.

Bagus betul pemikiran pakcik ni...

Posted in
Suke sgt emel ni. Luahan Hati Seorang Suami
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi....?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
sukan kegemaran .... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit .... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu..
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon... ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
Wallahualam.

p/s : para suami renung2kan ler..
Aslinda dapat igauan kot...tu yang post cerita ni..
huhuhu...jgn marah kang nmpk tua.

kenangan silam

Posted in










siapalah yang terkenang zaman kecik2 ni...
1 pelajaran gak untuk kita membimbing anak2,
rase2 nye xde dah buku seumpama ni kat pasaran sekarang,
lau de pon x sedetail buku lama ni.

Pocong gemparkan Felda Jengka 4

Posted in

KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4,dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit,Abdul Rahman Sabie 25,berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.


Katanya,pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini,malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah,darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak,Entah dari mana datang keberanian saya.

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi,di sini,semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini,namun selepas melihat dengan mata sendiri,berasa ada kebenarannya.

Katanya,untuk meyakinkan diri,dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas,namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu,saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata,sebaik bangun pada paginya,dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan

dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang kearahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.


email dari member.
Posted in





Frenz dearie...

wanita sahaja..
Stok baru dan SANGAT MURAH!
Cantik dan berkualiti.