Follow me on Twitter RSS FEED

renung-renungkanlah

Posted in
Adalah seorang hamba Allah ni,dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,tetiba dia terdengar satu bunyi..jeng!jeng!jeng! bunyi...aauuummmmm!!!Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi,si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar,kejar,kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut,berlari lintang pukang.Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.Perigi tu ada tali dan sebuah timba.Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi,harimau yg lapar tu menunggunya.Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri,sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat,tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!Ya Allah...lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.Apalah nasib.Dah jatuh ditimpa tangga.lagilah takut si hamba Allah ni.Atas ada harimau bawah ada buaya.Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.Cis,kurang ajar punya tikus.Alahhhh...cam ner ni.Pas tu,keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas,Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.Cis,lagi satu,Macam mana aku nak buat ni...habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi.Kalau naik kat atas makan dek harimau.Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.Macam mana nih...Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,tetiba....terdengar satu bunyi...uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,melihat lebah yg sedang bawa madu.Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni,tak pernah ku rasa manisnya ni.Sedapnya...Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali.....

Kalau semua nak tahu...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.Harimau yg mengejar tu adalah maut kita,ajal memang sentiasa mengejar kita,so beringat-ingatlah.2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu...madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu.Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.Waktu susah baru la nak ingat Allah.Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati,berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu...duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita.

benarkah artikel ini terjadi dalam hidup anda

Posted in

Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan...betul ker...!!!!

Sebelum Tido:
6 minggu :selamat tido sayaaang,mimpi indah2 ya,mmmuach.
6 bulan :tolong matikan lampu tu,silau aah.
6 tahun :Sana sikit lah...tido kalau tak mengepit tak bole ker???

Pakai Toilet:
6 minggu :tak apa,u masuk ler dulu,i tak kisaaahhhh
6 bulan :masih lama lagi ke nih?
6 tahun :brug! brug! brug!(suara pintu digegar)kalau nak bertapa pi
lah gunung ledang sana!!

Balas SMS:
6 minggu :iye sayang,jap lagi i sampai rumah sayang,i belikan murtabak
favourite u ye sayang..
6 bulan :trafik jam aah
6 tahun :k..

Dating process:
6 minggu :I love U, I love U, I love U.
6 bulan :Of course I love U.
6 tahun :Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu :Sayaaang,i dah balik nih...
6 bulan :I'm BACK!!
6 tahun :Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu :Sayang,i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan,nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun :Nih duit,u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:
6 minggu :Baby,ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh...your call...
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH...ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu :Wah,tak sangka i,pandai u masak...rasa pun sedapppppp...!!!
6 bulan :Kita makan apa malam ini??
6 tahun :HAH!!LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu :Sudahlah,tak apa,dah pecah pun,nanti kita beli lagi yang
lain,eh...
6 bulan :Hati-hati!Nanti jatuh tuh.
6 tahun :Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu :Aduh sayang,u seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan :Lah...beli baju baru lagi?
6 tahun :DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu :Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg
u nak honey?
6 bulan :Kita ke Bukit Bintang aje ler,senang sikit tak perlu naik
flight.
6 tahun :JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu :Baby,kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan :Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun :JANGAN TUKAR2 BOLE,TAK

golongan lelaki yang akan ditarik oleh wanita

Posted in
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita.Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu.Mereka ialah:

1.Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia.Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat.Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja.Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s;Duhai lelaki yg bergelar ayah,bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?..Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2.Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya.Bergaul! bebas di pejabat,memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram.Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh,saumnya tidak tinggal,maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s;Duhai lelaki yg bergelar suami,bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?.Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari’at,maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3.Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s;Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan,jgn
hanya menjaga amalmu,dan jgn ingat kau terlepas…
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4.Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam.bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat,memfitnah,mengata
dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s;Duhai anak2 lelaki.sayangilah ibumu.
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.krn ibu
juga insan biasa…x lepas dr melakukan dosa…
selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka.jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah..betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat.Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

“Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu.”

SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG
LAIN,UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.

RENUNG-RENUNG DAN FIKIRKANLAH
Wallahualam.

ucob ucob ucob...

cerita sedih bila lif rosak

Posted in

da tiga orang sahabat si A,si B dan si C,yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat.Pada suatu petang setelah tamat bertugas,mereka pulang ke rumah.Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif.Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Si A:Macam mana ni...rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B:Aduhhhh...bikin bingung kepala,nak panjat tangga larat ke?

Si C:Aku rasa,baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.

Si A:Aku ada satu idea,kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih saja,sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa.Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju,jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.Si A mula bercerita.

Si A:Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku.Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,dari kecil aku...bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata,sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20.Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata,kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

Si B:Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya.Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun.Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih.....punyalah lama si B bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55.Hanya 5 tingkat saja lagi.Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56,si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi.Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Si C: Aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA,AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....

eheekksssssssss...

sikin sikin sikin...

nasi lomak

Posted in

Suatu hari,seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik..tolong tengokkan anak saya ya...Nanti kalau sampai di Ipoh...cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan,si anak ini cerewet sekali setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.."Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.."Tidor aje la..Belom sampai lagi ni..nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam..dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik..sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.."Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh..pasti dikejutkan..!"

Kali ini,si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali.Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak,sehingga ketika sampai di Ipoh..tidak ada seorang pun yang membangunkannya.Hinggalah melepasi Alor Setar..si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak,Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian,bagaimana ni..perlukan kita hantar semula anak ini? "Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh..Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..Sesampai di Ipoh..si anak dibangunkan."Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..Si anak bangun dan berkata.."Oh sudah sampai ya!"

lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..Seluruh penumpang kehairanan..."Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan,kalau sudah sampai di Ipoh..saya boleh makan nasi bungkus ni!"

sikin sikin...ada-ada saja ceritanya.

coca cola (coke)

Posted in

Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah
kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan
dari seluruh dunia mengenai minuman ringan
Coke: Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda
lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila
berlaku kemalangan.

Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team.

Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya,
adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi
Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali
dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke
dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada
dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci
kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper
kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium
foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau
hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja
setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan
ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru
tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari
pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh
bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah
minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.
Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia
mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang
paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti
suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
belakang dan tulang lain dalam badan yang
merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke siap dalam
botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis:
bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis
hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong
jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap
tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan atau
karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya
untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka
sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke.
Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu
kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum
Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak
bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah
ngan otakpun kena tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama.
Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N
dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga
69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman
Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih
dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam
candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya
adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan
kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi
kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh
gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit
gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat
minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan
yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh
secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan
Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam
pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk
bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis
berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa
Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?
Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah
pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju,
buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan
lain-lain.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian
emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis
habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana
tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah
bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya
pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita
bercoke ...

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.

Artikel ini saya dapat daripada seorang rakan
saya. Betul atau tidak kalau nak tahu bolehlah
mencubanya. Saya pun belum cuba lagi. Yee lahh..
terkejut juga bila tahu bendanya sebab
kadang-kadang minum juga.

InsyaAllah teringin juga buat ujikaji apa yang
dikatakan tu. Nak tengok hasilnya. Sesiapa dah
mencuba nanti bolehlah kongsikan feedbacknya.

ucop

JOHN 3:16

Posted in
Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang

memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka

tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti

sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo
agama
lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara

barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai
dunia
ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang

percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati

hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah

sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia,

sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar

mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang

besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat

saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so
that
everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..

ucop

lawak balik awal

Posted in

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss,buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss,leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi banyak pahalanya!

Kemudian,datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik,hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati...Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi,nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan.Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

nukilan mon (aznor azizi)

cerita dari ucop

Posted in
(Surat Dari Iblis)
(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya,tapi
aku harus forward kerana catatan kecil dibawahnya)

****************************************
SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kelmarin,saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian,kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu.
Kau benar2 orang yang bersyukur,Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh,Kamu millikku.
Ingat,kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu,karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari syurga,dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya,
Kau lihat,ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Akubenar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani.

Kita nonton filem ' porno ' bersama,memaki orang,mencuri,berbohong,munafik makan sekenyang-kenyangya,bergosip,manghakimi orang menghujam orang dari belakang tidak hormat pada orang tua,
Tidak menghargai Masjid,berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah,Hai Bodoh,kita terbakar bersama selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu..

Aku ingin mengucapkan ' TERIMAKASIH ' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi,aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua,dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi,pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok,mabuk-mabukan,berbohong,berjudi bergosip dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak,
Baiklah,aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas,kau akan lari sembunyi dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku,tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka,aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan :Jika kau benar2 menyayangiku,kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

lokasi reunion yang dipilih

Posted in

jalan menuju kejayaan,sesuai untuk drifter sahaja.

pintu gerbang selamat datang ke hutan lipur ulu beruas.




tapak perkhemahan untuk anda semua yang ingin merasai bermalam dihutan.




tandas awam dikawasan ini untuk kemudahan pengunjung.

tempat letak kenderaan anda.

pondok istirehat sekeluarga.

pondok istirehat privacy.

tarikh fotografi ini di pilih coz sama dengan hari jadi kekasih gelapku.