Follow me on Twitter RSS FEED

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)

Posted in
SAUDARA/SAUDARI
KAJIAN KEFAHAMAN DAN PERSEPSI BELIA TERHADAP RASUAH DI MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan generasi muda berkaitan isu-isu rasuah di Malaysia.

Anda yang berada di dalam kelompok Generasi Belia yang berumur 21 hingga 40 tahun dijemput untuk menyertai survei ini. Jawapan ikhlas anda dapat membantu IPPBM dalam mendapatkan gambaran mengenai fenomena yang berlaku. Anda juga boleh “forwardkan” borang survei ini kepada rakan-rakan yang berumur antara 21 hingga 40 tahun.

Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM10.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab survei ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya selepas pihak IPPBM menerima kesemua 5,000 borang soal selidik yang dijawab oleh responden.

Untuk menyertai survei ini sila klik ke url >> Kajian Rasuah

Sekiranya tidak dapat klik pada pautan di atas sila copy dan paste alamat di bawah pada browser anda:

http://onlinesurvey.ippbm.gov.my/index.php?sid=37494&lang=ms

Sekian, terima kasih.

PROPOSAL 2ND REUNION

Posted in
SILA PROPOSE ANDA NYA IDEA UNTUK MEREALISASIKAN 2ND REUNION..
TERMASUK COSTING, VENUE, PROGRAM DLL.
SEBARANG PERSOALAN SILA AJUKAN DIDALAM BLOG & FB BERUAS 95 BATCH CLUB.






KSU:Don
Posted in







KSU:Don

50 Langkah Menjadi Suami Mithali

Posted in
Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Para isteri pun boleh baca

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniatdan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suamiterlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isterianda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. KetentuanTuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuksifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalanyang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suamitersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minityang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yanganda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronokdan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauanyang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkanhubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaansemasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramaisuami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihatmenasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan danmengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.
* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasamandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapatmeringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalanbermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan danmenyelesaikan banyak masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikanPenampilan diri sendiri. Mana adil?
* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dankemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita danrumah tangga terancam.
* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dankemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagiamembentuk keluarga sejahtera.
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secarasengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepadaorang lain. Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yangmembeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yangmemusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayangdan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat sukaapabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tanggabahagia dan isteri mudah masuk syurga.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isterimerajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabilasuami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalamrumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluargabagi mendapat hikmah..
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalahtertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripadaisterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteriuntuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suamimeninggal dunia.
* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikutusia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara sertaberteraskan iman dan takwa.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dankeluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turutberubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidakambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahanyang patut berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikanmasalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelakicuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadapsuami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembanturumah.
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. NabiMuhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifatwanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebihdisayangi wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenahahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatifpenyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cucihati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf,berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baikiamalan dan tindakan.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supayasetiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hinakeluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidikkeluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidikdiri dan keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk danapa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjagahati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalammenyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberinasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandaikritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikalisteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasamemuji.
* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuksenyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelumdisuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhandengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupune-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati danpendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaluimesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yangisteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pastiisteri bahagia.. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangandan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik.Kawal macho dengan saksama.
* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isterimesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkandaripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkanisteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikutsebarang lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dannasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minumpetang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajinjuga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabarjuga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukanriadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyangtaubat dan maafkan semua orang.

Sekitar Majlis Perkahwinan Zainal

Posted in




















RAYUAN SUMBANGAN TABUNG PIBG SMKRS

Posted in


Kalau masih tak faham sila hubungi saudara Syaiful Azhar @ pi ziarah http://alumnismkrs2010.yolasite.com/

Jemputan ke Majlis Berendoi a.k.a Cukur Jambul

Posted in
Saudara Aznor Azizi a.k.a Mon menjemput semua ke majlis berendoi a.k.a cukur jambul a.k.a mini reunion pada tarikh, masa & tempat seperti di bawah:-

Tarikh : 2/5/2010 (hari Ahad)
Masa : 12:35 - 18:35
Alamat: No. 72, Regat Tasek Jaya 2, Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak

kutipan derma kilat

Posted in
HARAP MAKLUM !!!

mengumumkan penutupan kutipan derma pada 31hb mac ini.
(ingin diserahkan)
kepada sesiapa yang masih mahu menderma selepas tarikh tersebut
sila hubungi en.syaiful(poiros)

SEKIAN TERIMA KASIH

tabung bantuan

Posted in

Berikutan permasalahan terbaru.
Entry ini akan merujuk kepada nombor akaun

MAYBANK ajiji ent.
558015000919

HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN

"ADUAN RAKAN"

gambar terakhir arwah eda.

Posted in


AL-FATIHAH
1978-2010 dalam kenangan
semoga rohnya dicucuri rahmat.
amin...